Saturday, June 20, 2009

apa yang patut kita buat

Alhamdulillah…itulah perkataan yang selayaknya diungkapkan setelah sekian lama kita bertumgkus-lumus dalam imtihan yang baru saja melabuhkan tirainya. Sedar mahupun tidak, kita sudahpun menamatkan satu ujian yang boleh dikategorikan sebagai ujian tahunan khusunya bagi kita sebagai penuntut ilmu di pelembahan nil ini. Syukur ke hadarat ilahi kerana dengan taufiq dan inayah-Nya kita telah berjaya menempuhinya dan semestinya najah menjadi harapan kita semua setelah sekian lama kita berkorban dari pelbagai sudut supaya tercapai cita-cita yang diimpikan.



Dalam menunggu keputusan imtihan yang bakal keluar lebih kurang dua atau tiga bulan lagi dari tarikh tamat imtihan, pelbagai perasaan yang bermain dalam benak fikiran kita. Ada yang tidak sabar-sabar untuk mengetahuinya lebih awal dan begitu juga sebaliknya. Semoga apa yang kita impikan menjadi kenyataan Insya’Allah. Semestinya tawakkal kepada Ilahi sahajalah tempat bergantung setelah pelbagai usaha yang dilakukan. Memang tidak dinafikan semuanyaboleh berlaku dengan kehendak-Nya. Jadi , menjadi tuntutan kepada kita sebagai seorang muslim bertawakal kepada Allah Taa’la.

Sudah menjadi lumrah bagi manusia setelah berjaya menempuh sesuatu ujian diaplikasikan sebagai satu kemerdekaan telah dicapai dan ada yang hanyut dengan kemerdekaan yang dicipta sendiri. Ini merupakan satu sikap yang tidak sepatutnya dilakukan lebih-lebih lagi kita sebagai penuntut ilmu agama. Imtihan yang mnedatang dalam hidup kita semakin hari semakin hebat, jadi kita sebenarnya tidak pernah mencapai kemerdekaan hakiki sehinggalah kita ditempatkan di dalam syurga Allah S.W.T dan untuk mendapatkan syurga Allah bukannya satu perkara yang mudah, pelbagai ujian yang mesti ditempuhi kerana Allah ingin melihat sejauh manakah keimanan kita kepada-Nya sepertimana firman Allah yang bermaksud : “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke dalam syurga, padahal belun datang kepadanu( dugaan) sebagaimana keadaan orang-orang terdahulu sebelum kamu”





Seperti yang kita maklum, imtihan sudah pun selesai dan bermulalah tempoh percutian yang panjang bagi kita khususnya mahasiswa di bumi kinanah ini. Apakah misi kita yang seterusnya sepanjang musim panas ini? Ada dikalangan kita yang mengambil peluang ini untuk pulang ke Malaysia bagi menziarahi keluarganya disana, ada yang ingin melancong ke tempat-tempat yang menarik. Ada yang bertalqqi dengan syeikh dan macam-macam lagi yang membuat perancangan bagi mengisi masa cuti ini.semuanya terserah kepada kita umtuk membuat keputusan. Buatlah keputusan terbaik untuk diri kita berdasarkan tujuansebenar kita datang ke perlembahan nil ini.

Justeru jadikanlah misim cuti kita supaya dipenuhi dengan misi-misi yang bermanfaat untuk kita bersama memanfaatkan Agama Islam yang tercinta.