Thursday, August 27, 2009

awet muda ramadhan..?

Ahlan ya Ramadhan Kareem..terlalu banyak sangat tentang kelebihan2 ramadhan ini. Banyak yang dah kita tahu tentang puasa dari segi takrif yang bermaksud menahan diri dan bermulanya kewajipan puasa pada tahun ke-2 hijrah. Lagi tentang dalil yang selalu kita dengar menunjukkan tentang kewajib puasa, firman Allah SWT :

“Wahai orang2 yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang2 yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa” (Al-Baqarah ; 183)

Mejoritinya kita semua sudah mengetahui sejak di bangku sekolah lagi, semuanya telah dijelaskan. Dengan hukum2 puasanya, syarat wajibnya, syarat sah puasa, rukun puasa dan banyak lagi laa yang berkaitan dengan puasa. Kebanyakan blog2 sekarang ini pun banyak menceritakan tentang Ramadhan atau semua yang berkait dengan ramadhan samada peristiwa, hukum hakam, permasalahan hukum,kenangan ketika bulan ramadhan dan macam2 lagi termasuk juga blog ini dan mungkin ada sedikit yang masih belum mengetahui terutamanya mengenai permasalahan2 yang bersangkut dengan hukum hakam.

Dengan keberkatan yang ada pada bulan ini, banyak idea yang timbul terutama kepada si blogger malah bukan dari sudut idea sahaja mungkin juga dari sudut2 lain. Bagi aku pula, walaupun baru berapa hari berpuasa tapi aku dapat merasakan bahawa banyak benda yang berlaku membuatkan hati aku seronok berpuasa pada kali ini. Hati aku lebih tenang berbanding bulan2 sebelum ini walaupun dengan cuaca panas terik. Kelas pengajian kitab pula dibuat selepas waktu zohor yang sememangnya kemuncak kepanasan lagi pula rumahku jauh dengan markas namun itu semua tidak menjadi halangan. Sabda Nabi Muhammad saw :

“sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keinsafan maka akan diampunkan dosa2 yang lalu”

Dengan kesibukan mengharungi puasa ini,mungkin ada di kalangan yang kita lupa tentang perkara2 sunat walaupun ia terlalu senang untuk dilakukan. Serata kita sudah mengetahui bahawa akan digandakan pahala di bulan ini maka tidak menjadi masalah untuk kita melakukan perkara2 sunat disamping memberatkan lagi timbangan pahala kita, insyAllah. Banyak disebutkan di kitab2 tentang perkara sunat ini, antaranya menyegerakan berbuka supaya tidak meniru amalan orang yahudi dan nasrani, dimulakan dengan makanan yang manis seelok2nya tamar bersama air zam2,sahur dan melewatkan sahur-disini ada 2 perbuatan iaitu bersahur dan melewatkan sahur, jika bersahur sahaja tidak dilewatkan, pahala lewat itu tidak dapat-. Kerana hadis nabi “bersahurlah kerana pada sahur tersebut ada keberkatan”

Menjauhi perkara yang keji dan tidak berfaedah, mengisi masa dengan belajar ilmu dan membaca Al-Quran, menyediakan atau membelanja makan orang yang berbuka, istiqamah dengan tarawih , berzikir , berdoa , berselawat, beriktikaf di masjid2 dan banyak lagi. Di dalam hadi Qudsi menyebutkan :

“ setiap amalan yang baik akan dibalas dengan sepuluh diumpamakan sehingga 700 kali ganda melainkan puasa, maka amalan puasa bagi-Ku (Allah ) dan Aku (Allah) sendiri yang akan membalasnya”

Bersabar juga merupakan amalan yang baik. Bersabar dalam menahan lapar dahaga ini dan perkara2 yang berkaitan dengan sabar,ia juga termasuk dalam perkara2 yang sunat dan semuanya akan diberi ganjaran oleh Allah seperti yang telah disebutkan didalam surah Az-Zumar ayat 10 :

“sesungguhnya orang yang bersabar sahaja akan disempurnakan pahala bagi mereka dengan tidak terkira”..
Teringat pula pada kata2 imam tarawih semalam yang menyatakan tentang selawat. Dia mengatakan bahawa kita selalu lupa atau leka untuk berselawat sedangkan fadilat selawat itu banyak. Dia nyatakan lagi dengan ganjaran yang diberikan apabila berselawat iaitu sekali kita berselawat 10 kali Allah akan berselawat kepada kita disamping dengan barakah dan ma’rifah dari Allah. Dengan berselawat itu juga akan diberikan syafaat kepada kita di akhirat kelak. Kadang2 pelik juga, susah sangat ke nak sebut Allah humma solli ala saidina Muhammad waa’la alihi wasoh bihi ajma’in?. kita sudah tiada pilihan lain di akhirat nanti selain syafaat Nabi Muhammad. Kalau ada masa lapang,tengah duduk2 ke selawatlah sikit bukan susah pun kalimah ringkas sahaja.

Terlalu ringkas namun susah untuk diamalkan. Kan bagus jika dimulakan dengan bismillah beserta dengan selawat setiap perbuatan yang kita lakukan. Teringat sebuah artikel yang menyatakan tentang awet muda, disebut disitu ketika ingin membasuh muka ketika waktu pagi bacalah bismilah dan selawat 3 kali. Betul atau tidak cuba buat aku pun tidak pasti, kalau dah amalkan rasa2 muka nampak makin lawa atau hensem betullah tu. Lagi pun benda baikkan cuma selawat dan bismillah,bukannya jampi sarapah atau apa pun. Mak aku pun selalu pesan, jika nak basuh ayam, sayur, buah ke atau apa sajalah, bacalah selawat 3 kali. Sehingga hari ini aku mengamalkannya mungkin ada keberkatan apatah lagi jika yang dibasuh itu adalah makanan, kadang2 sampai berpuluh2 kali selawat.

Kita berselawat dan bismillah ini bukanlah untuk mendapatkan perhatian dari orang akan tetapi untuk mendapat keberkatan dengan apa yang kita lakukan seharian disamping ia juga merupakan satu doa. Manalah tahu jika terdapat sedikit racun pada buah atau sayur, dengan izin Allah racun itu hilang dengan kita membaca selawat atau bismillah. Cerita seorang ibu yang selalu menyebut basmalah setiap kerja yang dilakukan. Suaminya tidak suka isterinya menyebut kalimah tersebut maka digantian beras dengan tanah. Ketika ingin memasak nasi isterinya terkejut kerana hanya tanah disitu namun dia tetap mengambil tanah tersebut dibasuhnya, tidak lupa juga menyebut basmalah lalu dimasaknya. Apabila selesai masak suaminya terkejut kerana bukan tanah tapi nasi yang selalu dimasak oleh isterinya. Sungguh agung kalimah Allah walaupun hanya dengan basmalah.

Itu semua bergantung kepada kita, samada ingin mengamalk annya ataupun tidak. Kita pun sudah tahu bahawa doa itu adalah senjata bagi orang mukmin. Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi dan juga terhindar dari musibah dan kesusahan. Firman Allah (Al-Baqarah : 186) :

“Dan apabila hamba2-Ku bertanya kepada-Mu (wahai Muhammad) tentang Aku, maka jawablah, bahawasanya Aku adalah dekat, Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku……”

Ada ulama’ menyatakan bahawa maksud ‘dekat’ itu adalah Allah berada terlalu dekat dengan kita, dikatakan berada di urat tengkuk kita, memang terlalu dekat. Disamping itu, doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, kayakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan. Cuba kita fikirkan balik, berapa kalikah kita berdoa dalam sehari? Adakah selepas solat sahaja? Ketika makan dan minum?. Hang semua yang fikir so hang sendirilah yang tahu jawapnnya. Mungkin sestengah dari kita kurang berdoa kerana terlalu sibuk dengan kerja2 atau dengan aktiviti2 lain atau mungkin tidak mengetahui tentang kelebihan berdoa itu sendiri. Terlalu banyak doa2 yang boleh dibaca, sedangkan ingin memakai baju pun ada doa yang tertentu.

Kadang2 terpikir, kenapalah mereka ini kurang berdoa? Bahkan mereka tahu tentang kelebihan doa itu dan mungkin juga mengetahui antara waktu2 yang mustajab berdoa. Antaranya ketika waktu hujan, kalau di mesir ini kadang2 hujan, lagi antara azan dan iqamah, satu pertiga waktu malam, satu waktu pada hari jumaat, malam jumaat dan juga pada bulan Ramadhan. Lagi beruntung sekarang ini kita berada di bulan Ramadhan, adakah dibiarkan berlalu bulan Ramadahn ini?. Banyakkanlah berdoa.



Bercakap tentang doa, teringat kepada puasa tahun lepas pada malam 27 Ramadhan, Syeikh Jibril akan turun di Masjid Al-Amru dan aku turut bersama2 bertarawih bersamanya. Masjid itu boleh dikatakan seluas masjid Shah Alam yang mana pada malam itu terlalu ramai orang yang hadir. Jika dilihat dari atas seolah-olah seperti lautan manusia yang hadir di masjid itu. Tidak cukup di dalam serta persekitaranya, malah jalanraya dan juga setiap sudut jalan juga penuh. Jika hendak dibandingkan dengan Masjid Shah Alam, mungkin parking kereta sehingga sampai ke bangunan JAIS kesemuanya penuh. Habis sahaja tarawih aku duduk berehat sedangkan semua orang sedang sembahyang witir. Kaki aku tidak larat untuk berdiri kerana Syeikh Jibril menghabiskan 1 juzuk. Setiap rakaat 1 ‘ain dan dibacakan dengan tertil, apa yang aku rasa memang panjang. Kemudian terdetik untuk aku ‘set’ masa mengira berapa panjang doa qunud yang dibacakan. Setelah habis memang tepat sejam dibacakan qunud. Cuba bayangkan qunud dibacakan sejam? Cuba kalau di Malaysia dibuat macam itu, mesti orang2 tua kat belakang marah kan?. Kalau yang betul marah, dibalingnya kerusi.

Sebut lagi tentang doa, ok kali ini nak suruh pembaca sekalian uji dan tengok dengan mata sendiri. Apa yang yang hendak dilakukan adalah cuba pergi berbuka puasa bersama kawan2 atau ajak kawan2 datang rumah ke atau pergi kemasjid ke, janji masa buka puasa itu ramai orang. Sebelum nak makan, nak berbuka cuba tengok kawan2 kita atau orang sekeliling kita, ada atau tidak yang angkat tangan baca doa selain doa makan dan doa buka puasa?, mesti kurang kan?. Adakah mereka tidak mengetahui bahawa doa ketika berbuka adalah salah satu waktu yang mustajab berdoa apatah lagi didepannya terhidang lauk pauk. Yelaa mungkin kita nak percepatkan berbuka, itu pun salah satu sunat tapi kan lebih elok 5 minit sebelum nak buka puasa itu doa cikit. Kalo malas nak baca pendek bacalah panjang sikit, apabila dengar azan baca doa makan dan buka puasa terus makan. Doa dapat, cepatkan berbuka dapat dan pahala pun dapat. Kena pula Allah makbulkan doa kita masa itu, beruntung kita.

Banyak dah rasenya menulis, tapi rasa macam nak tulis lagi. Banyak lagi cerita2 yang nak dikongsi supaya dapat kita semua dapat memikir setiap apa yang terjadi. Mungkin sambung lagi, tapi apa yang aku nak tekankan dekat sini adalah banyakkan berfikir. Cuba fikir tentang cerita2 tadi dan tentang sunat2 puasa, selawat dan berdoa tadi. Fikir-fikirkan dan selamat beramal….