Monday, August 10, 2009

Tanggungjawab!!!!!

Rasanya sudah lama tidak menyentuh blog ini mungkin kerana kerja yang tidak henti-henti datang kepadaku mungkin juga sibuk dengan urusan peribadi. Apa pun syukur kehadrat ilahi serta selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW yang mana diutuskan kepada kita untuk menyeru manusia kejalan yang diredhoi serta diberkati dan tidak lain juga sebagai pendakwah diatas muka bumi ini. Seperti yang kita tahu bahawa perjuangan menegakkan kalimah Allah di bumi ini sudah menjadi kewajipan kepada seluruh para nabi dan rasul seterusnya disambung oleh kita sebagai umat islam yang mana ia adalah sebagai tanggungjawab yang mesti dipikul oleh setiap individu yang bergelar dirinya islam.



Merujuk kepada ungkapan ‘PAK HASAN’ :” Kami sekiranya tidak bersama dakwah islam, kami tidak akan bersama-sama dengan yang selainnya dan sesungguhnya dakwah sekiranya tidak bersama kita, maka ia akan mencari orang lain selain kita” bahawa dakwah ini harus dijadikan sebahagian dari ruh dan jiwa mereka disamping ia adalah tanggungjawab kepada kita. Memang tidak dinafikan bahawa proses untuk menyebarkan dakwah ini adalah sangat sukar dan banyak halangan yang mesti ditempuh namun jika dirasakan dalam diri bahawa ia sebagai amanah maka mestilah ditempuh.

Maka hendak tidak hendak mesti ada satu golongn yang menyeru umat kearah kebaikan dalam menegakakn syiar islam didalam sesuatu kawasan tertentu. Teringat pada itu, pada 1 hb lepas satu Mesyuarat Agung Tahunan telah diadakan di bumi Damietta, Mesir untuk menukar organisasi yang lama kepada yang baru disamping memberi pengalaman kepada yang baru ini untuk mereka lebih mengenali konsep ‘khalifah di muka bumi’. Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa pelaksana program sebagai unit teknikal sudah dapat merasakan bahawa betapa berat tugas yang diberikan walapun hanya sekadar untuk melancarkan serta menghidupakn program. Apatah lagi jika menjadi AJKT atau exco, sudah tentu bertambah tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.

Pada mulanya, merasakan bahawa unit teknikal adalah satu kerja yang senang atau tidak perlu bersungguah sangat tetapi setelah lama berfikir rupanya banyak kerja yang mesti dilakukan. Antaranya membuat slide show, design buku MAT, kad edho’ serta ajknya, menyediakan segala kelengkapan dewan dari segi minus one atau mike dan banyak lagi yang mesti dibuat. Dengan sebab itu, satu tugas terpaksa diserahkan kepada orang lain kerana kerja lain yang masih belum disiapkan lagi. Merasakan bahawa diri ini masih belum mampu untuk menjalankan tugas yang diberi dan kadang-kadang rasa bersalah itu timbul dalam diri.

Mesyuarat berlansung dengan membahaskan tentang perkara-perkara yang berbangkit dan juga laporan aktiviti setiap jabatan dan unit serta program-program mega yang dijalankan. Berbagai persoalan yang ditanyakan daripada ahli sendiri kepada jabatan-jabatan yang dirasakan masih kurang faham tentang tugas yang dilakukan oleh jabatan atau unit tertentu. “adakah kesemua AJKT ini telah melakukan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada mereka, macam mana dengan AJKT yang baru yang akan dilantik ini, adakah mereka mampu” terfikir sejenak ketika perbahasan berlangsung. Merasakan bahawa betapa beratnya tanggungjawab yang perlu mereka hadapi berdasarkan segala persoalan yang ditujukan kepada jabatan serta unit yang tertentu.

Ada sesetengah AJKT terpaksa meminta maaf kepada ahli kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugas yang mana beliau tahu bahawa tugas yang dipersoalkan itu memang dibawah unit yang dipegangnya itu. Beliau tidak dapat melaksanakan tugas tersebut mungkin kerana kerja-kerja yang lain yang dirasakan lebih penting dari kerja itu. Adakah beliau bersalah kerana tidak melakukan tugas itu?, fikir-fikirkan. Apabila melihat kepada buku MAT yang telah disediakan oleh setiausaha program berdasarkan laporan jabatan dan unit, yaAllah banyak sugguh aktiviti-aktiviti atau tugas-tugas yang mereke lakukan. Ini hanya baru satu badan atau persatuan yang kecil, bagaimana jika ianya adalah sebuah negeri atau Negara?.

Di akhir mesyuarat tersebut, pembubaran pentadbiran berlangsung yang mana setiap jabatan dan unit memberi sedikit kalam atau nasihat kepada semua ahli dan juga kepada yang akan dilantik. Masing-masing mengeluarkan luahan serta kemaafan sepanjang setahun mereka mentadbir bumi Damietta. Ada juga yang mengalirkan air mata mungkin kerana selama ini mereka tidak dapat memberikan sepenuh tanggungjawab mereka kepada ahli dan mungkin ada sebab-sebab yang lain yang mereka rasakan sepanjang berada di organisasi AJKT ini. Selepas SPR mengumumkan keputusan pilihan raya, Struktur Organisasi AJKT yang baru terbentuk yang dipimpin oleh bakat-bakat baru. Ada juga yang tidak dapat menahan sebak didada kerana tidak sanggup menanggung tanggungjawab yang berat ini. Namun mereka berharap kepada ahli untuk menegur segala perbuatan mereka yang mungkin ada melanggar syariat-syariat yang telah ditetapkan oleh islam disamping menolong mereka dalam melaksanakan tugas mereka. Mereka juga tahu bahawa mereka telah dipilih oleh Allah untuk memimpin masyarakat.




Sesungguhnya kita diciptakan adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi. Sebesar mana pun tanggungjawab yang perlu kita hadapi, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh kerana terdapat tugas yang lebih besar akan muncul yang telah pun di pertanggungjawabkan kepada kita sebagai umat islam.