Saturday, June 20, 2009

apa yang patut kita buat

Alhamdulillah…itulah perkataan yang selayaknya diungkapkan setelah sekian lama kita bertumgkus-lumus dalam imtihan yang baru saja melabuhkan tirainya. Sedar mahupun tidak, kita sudahpun menamatkan satu ujian yang boleh dikategorikan sebagai ujian tahunan khusunya bagi kita sebagai penuntut ilmu di pelembahan nil ini. Syukur ke hadarat ilahi kerana dengan taufiq dan inayah-Nya kita telah berjaya menempuhinya dan semestinya najah menjadi harapan kita semua setelah sekian lama kita berkorban dari pelbagai sudut supaya tercapai cita-cita yang diimpikan.



Dalam menunggu keputusan imtihan yang bakal keluar lebih kurang dua atau tiga bulan lagi dari tarikh tamat imtihan, pelbagai perasaan yang bermain dalam benak fikiran kita. Ada yang tidak sabar-sabar untuk mengetahuinya lebih awal dan begitu juga sebaliknya. Semoga apa yang kita impikan menjadi kenyataan Insya’Allah. Semestinya tawakkal kepada Ilahi sahajalah tempat bergantung setelah pelbagai usaha yang dilakukan. Memang tidak dinafikan semuanyaboleh berlaku dengan kehendak-Nya. Jadi , menjadi tuntutan kepada kita sebagai seorang muslim bertawakal kepada Allah Taa’la.

Sudah menjadi lumrah bagi manusia setelah berjaya menempuh sesuatu ujian diaplikasikan sebagai satu kemerdekaan telah dicapai dan ada yang hanyut dengan kemerdekaan yang dicipta sendiri. Ini merupakan satu sikap yang tidak sepatutnya dilakukan lebih-lebih lagi kita sebagai penuntut ilmu agama. Imtihan yang mnedatang dalam hidup kita semakin hari semakin hebat, jadi kita sebenarnya tidak pernah mencapai kemerdekaan hakiki sehinggalah kita ditempatkan di dalam syurga Allah S.W.T dan untuk mendapatkan syurga Allah bukannya satu perkara yang mudah, pelbagai ujian yang mesti ditempuhi kerana Allah ingin melihat sejauh manakah keimanan kita kepada-Nya sepertimana firman Allah yang bermaksud : “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk ke dalam syurga, padahal belun datang kepadanu( dugaan) sebagaimana keadaan orang-orang terdahulu sebelum kamu”





Seperti yang kita maklum, imtihan sudah pun selesai dan bermulalah tempoh percutian yang panjang bagi kita khususnya mahasiswa di bumi kinanah ini. Apakah misi kita yang seterusnya sepanjang musim panas ini? Ada dikalangan kita yang mengambil peluang ini untuk pulang ke Malaysia bagi menziarahi keluarganya disana, ada yang ingin melancong ke tempat-tempat yang menarik. Ada yang bertalqqi dengan syeikh dan macam-macam lagi yang membuat perancangan bagi mengisi masa cuti ini.semuanya terserah kepada kita umtuk membuat keputusan. Buatlah keputusan terbaik untuk diri kita berdasarkan tujuansebenar kita datang ke perlembahan nil ini.

Justeru jadikanlah misim cuti kita supaya dipenuhi dengan misi-misi yang bermanfaat untuk kita bersama memanfaatkan Agama Islam yang tercinta.

Monday, June 8, 2009

orang kata aku lahir dari perut mak..betul ke?



Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan setiap individu bergelar anak tanpa mengira ibu bapanya itu beriman atau sebaliknya.

Dalam surah al-Isra', ayat 23 hingga 25, Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada mereka, maksudnya: "Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa."


"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia."

Menurut hadis nabi juga, orang yang derhaka pada ibu tidak mencium bau syurga. Dalam satu kisah, sahabat Nabi s.a.w bernama Alqamah, seorang yang kuat beribadat, tetapi apabila di saat kematiannya dia tidak dapat mengucap syahadah kerana perbuatannya menyinggung hati ibunya, akibat terlalu cinta kepada isterinya.

Melihat keadaannya yang nazak, Nabi mengancam untuk membakarnya, tetapi apabila ibunya datang dan memaafkannya, azab yang menimpa Alqamah berakhir.

Cuba kita renung kata-kata dibawah ini...

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku.....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ...mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon.....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... ..mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku.....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak



Apabila aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasangan ku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa.....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... . aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu.....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Ada sebuah cerita tentang pengorbanan ibu ini, rasanya cerita ini ramai yang sudah mengetahui

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Hanya orang yang mempunyai anak akan tahu betapa cinta ibu dan bapa kepada anaknya. Mereka tidak mengharapkan balasan daripada anaknya. Balasan untuk ibu bapa daripada anak ialah sentiasa melakukan amal ibadat dan bersopan santun dalam kehidupan seharian.

Hadis Rasulullah SAW ada menyebut: “Apabila mati seseorang anak Adam, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang diambil orang manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya.”

Banyak kata-kata mengenai anak dan ibu bapa antaranya; “Anak yang baik bukan lahir daripada ibu bapa yang tidak mengenal orang tuanya. Anak adalah gambaran ibu bapanya. Orang tualah yang membentuk hitam atau putih peribadi seseorang anak itu, seperti sehelai kain putih”.














Setiap insan yang bergelar anak sememangnya wajid kepadanya untuk berbakti dan mentaati ibu bapa mereka dengan tujuan untuk membahagiakan kehidupan mereka yang sedang melalui hari tua mereka. Ajaran islam telah pun meletakkan kedudukan ibu bapa ini pada kedudukan yang mulia di sisi kita. Banyak pengorbanan yang boleh kita lakukan kepada mereka samaada dalam bentuk metarial ataupun kasih sayang. ini sangat bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakinn uzur dan memerlukan lebih perhatian daripada anak-anaknya.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 pengorbanan atau bakti yang perlu dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang sering berdepan dengan masalah kewangan.
Mereka. Mereka tidak dapat lagi melakukan aktiviti atau tugas harian mereka disebabkan faktor usia mereka yang semakin meningkat. walaupun mereka bekerja, masih tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat ditambah lagi dengan ekonomi yang tidak menentu turun dan naiknya. justeru menjadi tanggungjawab kepada anak untuk memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa mereka yang mana mereka terlalu memerlukannya sangat. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding dengan apa yang dibelanjakan oleh ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak dan ditambah dengan kasih sayang mereka kepada kita.

2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam situasi ataupun kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai didiami adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang sesuai kepada ibu bapa mereka apatah lagi memberi keselesaan yang cukup kepada mereka. Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diurus dengan baik.

3. Memberi kasih sayang. Ini adalah sebagai membalas balik kasih sayang yang selama ini mereka curahkan kepada kita. Kasih sayang ibu bapa tidak pernah padam terhadap anaknya maka sewajarnya kita sebagai anak mereka membalas kasih sayang itu dengan sebaik-baiknya walaupun kita tahu bahawa kasih sayang kita tidak sama dengan kasih sayang yang ibu bapa kita curahkan kepada kita. Anak yang baik tidak akan melupai jasa dan kasih sayang ibu bapa terhadap mereka. Anak yang soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat-Nya.

4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasa kesunyian apatah lagi apabila mereka disisirkan dari keluarga dan tidak diperdulikan. Hal ini akan memberikan tekanan perasaan dan akan menyebabkan kemurungan. keadaan ini akan memberi kesan yang negatif kepada kesihatan dan mental ibu bapa jika ia berterusan. Maka sewajarnya kita sebagai anak hendaklah memberi perhatian yang penuh kepada ibu bapa kita supaya mereka boleh melayari kehidupan sama seperti kita.

5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak-anaknya untuk melaksanakan sesuatu keperluannya samaada permintaan tersebut dalam bentuk kewangan, tenaga ataupun masa. Memunihi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas-tugas yang lain malah ia adalah lebih baik daripada melakukan solat-solat sunat, puasa sunat dan seumpamanya. Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama dari berjihad.
Diriwayatkan daripada Bukhari dan muslim, Ibn Umar berkata: " saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad : apakah perbuatan yang disukai Allah?. Lalu Baginda menjawab : sembahyang padawaktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab : Berbakti kepada ibu ayah. Saya bertanya : apakah lagi?. Jawab baginda: berjihad di jalan Allah.

6. Melakukan apa yang disukainya. Pada pandangan mereka, tidak lain dan tidak bukan mereka mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik kepada mereka. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak akan mendapat keberkatan dalam hidupnya dan balasanya itu akan disegerakan di dunia dan tidak terlepas juga di akhirat kelak. Dalam hadis lain diriwayatkan Al-Hakam bermaksud : Semua dosa akan ditangguhkan Allah yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat kecuali menderhaka kepada kedua ibu bapa. maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7. Bercakap dengan lemah lembut. Menjaga percakapan ketika bercakap dengan mereka adalah salah satu yang wajib dilakukan oleh setiap anak. Suara hendaklah direndahkan dan jangan sesekali membantah permintaan mereka atau meninggikan suara daripada suara ibu bapa.Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan daripadak anaknya maka hendaklah seorang anak itu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

9. Meluangkan masa bersama. Anak-anak hendaklah meluangkan masa bersama ibu bapa mereka apatah lagi yang sibuk tentang kerja mereka. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengujungi mereka walaupun sekejap. Mereka akan berasa senang apabila menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya itu.

10. Mendoakan ebaikan untuk ibu bapa. Anak peru sentiasa mendoakan ibu bapa merka untuk kebaikan samada didunia dan akhirat.. Amalan ini perlu diteruskan dan diamalkan biarpun ibu bapa itu telah meniggal dunia.Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim)..

Gunakanlah kesmpatan yang ada ini untuk kita memperbanyakkan kebaikan atau bakti kita kepada ibu bapa dengan sebaik mungkin. Masa bagi anak untuk melakukan kebaikan sebenarnya sudah terlalu suntuk kerana makin hari semakin meningkat umur mereka dan juga semakin dekat dengan kematian. Bertindaklah sebelum segalanya terlambat selagi ibu bapa atau salah seorang dari keduanya masih hidup.