Monday, July 13, 2009

sahabat...

"salam pah, ko watpe skang?' mesej ringkas dari mat kepadaku melalui ym.

"ak x wat pape, dok dpn kmptr nie jer." Balasku

"nape?" balasku lagi.

"em xde pape cm nk tny ckit, ko balik ke x taon nie?" balasnya.

"ak pon x tau, mgkn ak x balik kot. Lagi pun x smpi setahun lg ak dok kat mesir nie." Ujarku

"owh lp lak ak, dak mesir kan skang. Abes 2 ble ko nak balik?."

"emm insyAllah taon depan ak balik."

"nape? Rindu kat aku ke? Hahahaha" tanyaku.

"xde maknenye, tpi de laa ckit2 hehehe."balasnya



Apabila berfikir sejenak tentang kawan, Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi, pelbagai peristiwa dan pengalaman dapat dirasai bersama kawan. Pelbagai jenis karekter manusia dapat dilihat dengan bersua dan bergaul dengan mereka. Pelpagai faktor yang mempengaruhi karekter seseorang kawan itu seperti didikan agama, ilmu di dada, rakan sebaya dan pegangan agama dan banyak lagi yang boleh digambarkan melalui apa yang ada pada seseorang itu. Mereka itulah yang dinamakan kawan atau nama lainnya adalah sahabat. Kawan dan sahabat yang menemaniku sepanjang perjalanan hidupku samada positif dan negative atau secara langsung dan tidak. Merekalah yang membariku 1001 pengalaman yang menjadikanku lebih matang, lebih mengenal dunia luar dan semakin mendekati jalan-Nya.

Apabila berfikir tentang kawan lagi, teringat tentang mesej yang ku terima sebelum menjejaki ke bumi kinanah ini. Betapa pentingnya seorang sahabat kepada kita dalam memandu kita kearah samada kearah kebaikan atau pun keburukan. Secara kesimpulannya, kawanlah yang boleh mencorak kehidupan kita dan dengan kawan juga segelintir orang menjadikannya tempat mengadu segala masalah yang terbuku dihati.

'' Jika hari ini aku terlalu gembira, sedanrkan aku dengan amaran-amaran Allah, jika aku bersedih tanpa kata-kata, pujuklah aku dengan tarbiah pencipta. Jika aku lemah tidak berdaya, ingatkan aku dengan kehebatan syurga. Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku untuk meleraikan segera. Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku dapat berubah dengan sikapku. Dan jika esok aku lena tanpa terjaga, iringiah lenaku dengan kalungan doa''

Minat juga lirik lagu yang direka oleh satu kumpulan ini tentang erti persahabatan.

. "Saat gembira tertawa
Saat berduka kita sama-sama
Duduk bermuram durja

Kita saling memerlukan
Menghormati satu ikatan
Itulah... ertinya persahabatan

Ada kalanya terkasar bahasa
Tapi kita saling memaafinya
Pahit manis kecapi bersama
Bersatu hadapi segala... oohhh

Bersamalah teman kita hargai
Mahkota suci... oohhh
Bersamalah teman kita harungi
Istana erti persahabatan

Berkekalanlah hendaknya
Kemesraan diantara kita
Seandainya tak lagi bersama
Semat kenangan mengusik jiwa..."

Kadang-kadang ada juga pergaduhan antara satu sama lain yang menjadi perosak dalam persahabatan. Beberapa hal seringkali menjadi penghancur
persahabatan antara lain :
1. Masalah bisnis UUD (Ujung-Ujungnya Duit)
2. Ketidakterbukaan
3. Kehilangan kepercayaan
4. Perubahan perasaan antar lawan jenis
5. Ketidaksetiaan.
Tetapi penghancur persahabatan ini telah berhasil dipatahkan
oleh sahabat-sahabat yang teruji kesejatian motivasinya.