Thursday, August 27, 2009

awet muda ramadhan..?

Ahlan ya Ramadhan Kareem..terlalu banyak sangat tentang kelebihan2 ramadhan ini. Banyak yang dah kita tahu tentang puasa dari segi takrif yang bermaksud menahan diri dan bermulanya kewajipan puasa pada tahun ke-2 hijrah. Lagi tentang dalil yang selalu kita dengar menunjukkan tentang kewajib puasa, firman Allah SWT :

“Wahai orang2 yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang2 yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa” (Al-Baqarah ; 183)

Mejoritinya kita semua sudah mengetahui sejak di bangku sekolah lagi, semuanya telah dijelaskan. Dengan hukum2 puasanya, syarat wajibnya, syarat sah puasa, rukun puasa dan banyak lagi laa yang berkaitan dengan puasa. Kebanyakan blog2 sekarang ini pun banyak menceritakan tentang Ramadhan atau semua yang berkait dengan ramadhan samada peristiwa, hukum hakam, permasalahan hukum,kenangan ketika bulan ramadhan dan macam2 lagi termasuk juga blog ini dan mungkin ada sedikit yang masih belum mengetahui terutamanya mengenai permasalahan2 yang bersangkut dengan hukum hakam.

Dengan keberkatan yang ada pada bulan ini, banyak idea yang timbul terutama kepada si blogger malah bukan dari sudut idea sahaja mungkin juga dari sudut2 lain. Bagi aku pula, walaupun baru berapa hari berpuasa tapi aku dapat merasakan bahawa banyak benda yang berlaku membuatkan hati aku seronok berpuasa pada kali ini. Hati aku lebih tenang berbanding bulan2 sebelum ini walaupun dengan cuaca panas terik. Kelas pengajian kitab pula dibuat selepas waktu zohor yang sememangnya kemuncak kepanasan lagi pula rumahku jauh dengan markas namun itu semua tidak menjadi halangan. Sabda Nabi Muhammad saw :

“sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keinsafan maka akan diampunkan dosa2 yang lalu”

Dengan kesibukan mengharungi puasa ini,mungkin ada di kalangan yang kita lupa tentang perkara2 sunat walaupun ia terlalu senang untuk dilakukan. Serata kita sudah mengetahui bahawa akan digandakan pahala di bulan ini maka tidak menjadi masalah untuk kita melakukan perkara2 sunat disamping memberatkan lagi timbangan pahala kita, insyAllah. Banyak disebutkan di kitab2 tentang perkara sunat ini, antaranya menyegerakan berbuka supaya tidak meniru amalan orang yahudi dan nasrani, dimulakan dengan makanan yang manis seelok2nya tamar bersama air zam2,sahur dan melewatkan sahur-disini ada 2 perbuatan iaitu bersahur dan melewatkan sahur, jika bersahur sahaja tidak dilewatkan, pahala lewat itu tidak dapat-. Kerana hadis nabi “bersahurlah kerana pada sahur tersebut ada keberkatan”

Menjauhi perkara yang keji dan tidak berfaedah, mengisi masa dengan belajar ilmu dan membaca Al-Quran, menyediakan atau membelanja makan orang yang berbuka, istiqamah dengan tarawih , berzikir , berdoa , berselawat, beriktikaf di masjid2 dan banyak lagi. Di dalam hadi Qudsi menyebutkan :

“ setiap amalan yang baik akan dibalas dengan sepuluh diumpamakan sehingga 700 kali ganda melainkan puasa, maka amalan puasa bagi-Ku (Allah ) dan Aku (Allah) sendiri yang akan membalasnya”

Bersabar juga merupakan amalan yang baik. Bersabar dalam menahan lapar dahaga ini dan perkara2 yang berkaitan dengan sabar,ia juga termasuk dalam perkara2 yang sunat dan semuanya akan diberi ganjaran oleh Allah seperti yang telah disebutkan didalam surah Az-Zumar ayat 10 :

“sesungguhnya orang yang bersabar sahaja akan disempurnakan pahala bagi mereka dengan tidak terkira”..
Teringat pula pada kata2 imam tarawih semalam yang menyatakan tentang selawat. Dia mengatakan bahawa kita selalu lupa atau leka untuk berselawat sedangkan fadilat selawat itu banyak. Dia nyatakan lagi dengan ganjaran yang diberikan apabila berselawat iaitu sekali kita berselawat 10 kali Allah akan berselawat kepada kita disamping dengan barakah dan ma’rifah dari Allah. Dengan berselawat itu juga akan diberikan syafaat kepada kita di akhirat kelak. Kadang2 pelik juga, susah sangat ke nak sebut Allah humma solli ala saidina Muhammad waa’la alihi wasoh bihi ajma’in?. kita sudah tiada pilihan lain di akhirat nanti selain syafaat Nabi Muhammad. Kalau ada masa lapang,tengah duduk2 ke selawatlah sikit bukan susah pun kalimah ringkas sahaja.

Terlalu ringkas namun susah untuk diamalkan. Kan bagus jika dimulakan dengan bismillah beserta dengan selawat setiap perbuatan yang kita lakukan. Teringat sebuah artikel yang menyatakan tentang awet muda, disebut disitu ketika ingin membasuh muka ketika waktu pagi bacalah bismilah dan selawat 3 kali. Betul atau tidak cuba buat aku pun tidak pasti, kalau dah amalkan rasa2 muka nampak makin lawa atau hensem betullah tu. Lagi pun benda baikkan cuma selawat dan bismillah,bukannya jampi sarapah atau apa pun. Mak aku pun selalu pesan, jika nak basuh ayam, sayur, buah ke atau apa sajalah, bacalah selawat 3 kali. Sehingga hari ini aku mengamalkannya mungkin ada keberkatan apatah lagi jika yang dibasuh itu adalah makanan, kadang2 sampai berpuluh2 kali selawat.

Kita berselawat dan bismillah ini bukanlah untuk mendapatkan perhatian dari orang akan tetapi untuk mendapat keberkatan dengan apa yang kita lakukan seharian disamping ia juga merupakan satu doa. Manalah tahu jika terdapat sedikit racun pada buah atau sayur, dengan izin Allah racun itu hilang dengan kita membaca selawat atau bismillah. Cerita seorang ibu yang selalu menyebut basmalah setiap kerja yang dilakukan. Suaminya tidak suka isterinya menyebut kalimah tersebut maka digantian beras dengan tanah. Ketika ingin memasak nasi isterinya terkejut kerana hanya tanah disitu namun dia tetap mengambil tanah tersebut dibasuhnya, tidak lupa juga menyebut basmalah lalu dimasaknya. Apabila selesai masak suaminya terkejut kerana bukan tanah tapi nasi yang selalu dimasak oleh isterinya. Sungguh agung kalimah Allah walaupun hanya dengan basmalah.

Itu semua bergantung kepada kita, samada ingin mengamalk annya ataupun tidak. Kita pun sudah tahu bahawa doa itu adalah senjata bagi orang mukmin. Melalui doa, keampunan dan rahmat diperolehi dan juga terhindar dari musibah dan kesusahan. Firman Allah (Al-Baqarah : 186) :

“Dan apabila hamba2-Ku bertanya kepada-Mu (wahai Muhammad) tentang Aku, maka jawablah, bahawasanya Aku adalah dekat, Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku……”

Ada ulama’ menyatakan bahawa maksud ‘dekat’ itu adalah Allah berada terlalu dekat dengan kita, dikatakan berada di urat tengkuk kita, memang terlalu dekat. Disamping itu, doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, kayakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan. Cuba kita fikirkan balik, berapa kalikah kita berdoa dalam sehari? Adakah selepas solat sahaja? Ketika makan dan minum?. Hang semua yang fikir so hang sendirilah yang tahu jawapnnya. Mungkin sestengah dari kita kurang berdoa kerana terlalu sibuk dengan kerja2 atau dengan aktiviti2 lain atau mungkin tidak mengetahui tentang kelebihan berdoa itu sendiri. Terlalu banyak doa2 yang boleh dibaca, sedangkan ingin memakai baju pun ada doa yang tertentu.

Kadang2 terpikir, kenapalah mereka ini kurang berdoa? Bahkan mereka tahu tentang kelebihan doa itu dan mungkin juga mengetahui antara waktu2 yang mustajab berdoa. Antaranya ketika waktu hujan, kalau di mesir ini kadang2 hujan, lagi antara azan dan iqamah, satu pertiga waktu malam, satu waktu pada hari jumaat, malam jumaat dan juga pada bulan Ramadhan. Lagi beruntung sekarang ini kita berada di bulan Ramadhan, adakah dibiarkan berlalu bulan Ramadahn ini?. Banyakkanlah berdoa.



Bercakap tentang doa, teringat kepada puasa tahun lepas pada malam 27 Ramadhan, Syeikh Jibril akan turun di Masjid Al-Amru dan aku turut bersama2 bertarawih bersamanya. Masjid itu boleh dikatakan seluas masjid Shah Alam yang mana pada malam itu terlalu ramai orang yang hadir. Jika dilihat dari atas seolah-olah seperti lautan manusia yang hadir di masjid itu. Tidak cukup di dalam serta persekitaranya, malah jalanraya dan juga setiap sudut jalan juga penuh. Jika hendak dibandingkan dengan Masjid Shah Alam, mungkin parking kereta sehingga sampai ke bangunan JAIS kesemuanya penuh. Habis sahaja tarawih aku duduk berehat sedangkan semua orang sedang sembahyang witir. Kaki aku tidak larat untuk berdiri kerana Syeikh Jibril menghabiskan 1 juzuk. Setiap rakaat 1 ‘ain dan dibacakan dengan tertil, apa yang aku rasa memang panjang. Kemudian terdetik untuk aku ‘set’ masa mengira berapa panjang doa qunud yang dibacakan. Setelah habis memang tepat sejam dibacakan qunud. Cuba bayangkan qunud dibacakan sejam? Cuba kalau di Malaysia dibuat macam itu, mesti orang2 tua kat belakang marah kan?. Kalau yang betul marah, dibalingnya kerusi.

Sebut lagi tentang doa, ok kali ini nak suruh pembaca sekalian uji dan tengok dengan mata sendiri. Apa yang yang hendak dilakukan adalah cuba pergi berbuka puasa bersama kawan2 atau ajak kawan2 datang rumah ke atau pergi kemasjid ke, janji masa buka puasa itu ramai orang. Sebelum nak makan, nak berbuka cuba tengok kawan2 kita atau orang sekeliling kita, ada atau tidak yang angkat tangan baca doa selain doa makan dan doa buka puasa?, mesti kurang kan?. Adakah mereka tidak mengetahui bahawa doa ketika berbuka adalah salah satu waktu yang mustajab berdoa apatah lagi didepannya terhidang lauk pauk. Yelaa mungkin kita nak percepatkan berbuka, itu pun salah satu sunat tapi kan lebih elok 5 minit sebelum nak buka puasa itu doa cikit. Kalo malas nak baca pendek bacalah panjang sikit, apabila dengar azan baca doa makan dan buka puasa terus makan. Doa dapat, cepatkan berbuka dapat dan pahala pun dapat. Kena pula Allah makbulkan doa kita masa itu, beruntung kita.

Banyak dah rasenya menulis, tapi rasa macam nak tulis lagi. Banyak lagi cerita2 yang nak dikongsi supaya dapat kita semua dapat memikir setiap apa yang terjadi. Mungkin sambung lagi, tapi apa yang aku nak tekankan dekat sini adalah banyakkan berfikir. Cuba fikir tentang cerita2 tadi dan tentang sunat2 puasa, selawat dan berdoa tadi. Fikir-fikirkan dan selamat beramal….







Tuesday, August 25, 2009

tarawih oh ramadhan


Ramadhan oh ramadhan, terlampau banyak nikmat yang Allah curahkan kepada hambanya yang sentiasa beribadat kepada-Nya terutama dalam bulan yang mulia ini. “ kullu ‘am waantum bilkhair”. Sebagai manusia lain tidak bukan mestilah perbanyakkan amalan yang mana kita tahu bahawa setiap apa yang kita lakukan pada bulan ini akan diberi ganjaran sekali pun kita tidur, berdasarkan kepada hadis nabi yang berbunyi:


“ senyap orang yang berpuasa itu merupakan tasbih, tidurnya ibadat, doanya mustajab dan balasan amalan di lipat ganda”


Ada pun yang dimaksudkan “tidur” itu bukanlah tidur sepanjang hari, bermula pagi hari hingga waktu berbuka malahan perkara itu makruh. Tidur ini hanya sekadar unutuk merehatkan sahaja seperti tidur sebelum zohor dan tidur untuk mendapatkan malamnya itu dengan beribadat.

“Allah humma barikna fi rejab wa syaaban wa ballighlna fi ramadhan”. Doa yang ringkas namun terdapat pelbagai makna yang tersirat. Apa yang kita tahu bahawa doa Rasulullah ini sudah dibacakan sejak bulan rejab lagi untuk mendapat keberkatan didalam bulan tersebut dan bulan2 yang lain. masih lagi diberi pinjam tubuh badan ini untuk mendapatkan ganjaran di bulan ramadhan ini. Abu Hurairah r.a berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda :


“ apabila datang bulan Ramadhan maka dibuka pintu2 syurga dan ditutup segala pintu2 neraka dan syaitan dibelenggu”


Berdasarkan hadis nabi ini, sebenarnya kita selaku umat islam telah menang dan sangat beruntung kerana salah satu musuh kita telah dibelenggu iaitu syaitan. Hanya perlu untuk melawan nafsu yang ada pada diri disamping kita diberi ganjaran setiap apa yang kita lakukan malahan berlipat2 ganda dari bulan2 sebelum ini. Jika diperhatikan kenapa Allah tidak menyuruh nabi berperang (perang badar) pada bulan rejab sedangkan pada bulan itulah terlalu banyak tohmahan yang dilemparkan kepada mereka?

Kenapa Allah menyuruh nabi berperang pada bulan ramadhan?. Sebabnya bulan ini adalah bulan kemenangan bagi seluruh umat islam seperti yang diceritakan dalam surah Al-Haj ayat 39-40


Emmm mungkin kali ini hanya untuk berkongsi pengalaman bersama sahabat2. Terlebih dahulu syukur tak terhingga kepada ilahi kerana masih lagi dipanjangkan umur untuk meneruskan perjuangan disamping masih lagi diberi peluang untuk masuk kedalam bulan ramadhan yang mulia ini. Pertama kali bermula puasa di bumi anbiya’ yang mana puasa kali ini tepat jatuh pada pertengahan musim panas. Merasakan bahawa puasa kali ini banyak cubaan yang mesti dirempuh. setelah diishtiharkan bahawa puasa jatuh pada hari sabtu, ketika itulah aku perbanyakkan berdoa supaya dimasukkan diriku kedalam bulan ramadhan kali ini.



Ramadhan kali ini merasakan diriku ini sangat beruntung kerana dapat memulakan puasa di bumi mesir ini dan juga merupakan bumi para2 anbiya’ dan sahabat dissamping ulama’2 yang tinggi darjatnya. Solat tarawih kali ini ak bersama dengan jamaah orang mesir sendiri kerana tahun lepas hanya bertarawih bersama orang Malaysia sahaja. Masjid Markas Islami menjadi pilihanku yang pertama pada malam pertama ini. Tarawih disini hanya melakukan 8 rakaat sahaja berbanding Malaysia ada yang membuat sehingga 20 rakaat namun itu suma tidak jadi masalah untuk dilakukan.


Pada awalnya ku menjangka bahawa surah yang dibacakan adalah sama seperti di Malaysia yang kebanyakannya hanya membaca surah yang pendek2 atau juzuk a’mma. namun apa yang dibacakan adalah juzuk 1 sehingga habis yang merangkumi 8 rakaat itu. Setiap satu juzuk mempunyai 8 makra’( ain) dan setiap rakaat dibaca 1 makra’ yang mana 1 makra’ itu, 2 muka surat, dua muka surat setengah atau 3 muka surat. Ketika rakaat yang ke-4 lagi kaki dah mula lenguh, apa pun nak tak nak terpaksalah tahan sehingga habis tarawih bersama2 dengan witir sekali. Memang lenguh kerana kebiasaannya hanya surah yang pendek2 tapi kali ini terpaksa kuatkan diri.


Namun apa yang seronoknya adalah imamnya kerana setiap rakaat bertukar imam dan salah seorang dari kalangan imam ini adalah orang berkulit hitam. Pada solat witir pula ditukar dengan imam yang lain dan apa yang menjadi perhatian adalah imam ini mengalunkan bacaan warhs dengan menggunakan kedua2 kaedahnya sekali, dengan nada yang dialunkan memang sungguh menarik. Habisnya solat witir aku rehat sebentar sebab lenguh. Ketika itu aku terkejut sedikit kerana orang arab ini berpelukan selepas habisnya sembahyang dan mengucahkan tahniah.kenapa tiba2 orang arab ini ucap tahniah?. Rupanya baru ak tahu bahawa mereka dapat masuk lagi kedalam bulan ramadhan tahun ini. Masing2 berpelukan (laki ngan laki je) dengan ucapan tahniah kepada kawan mereka. Mereka menganggap bahawa beruntung sekali dapat ramadhan kali ini, wajah masing2 berseri2 kerana terlalu gembira disamping sambutan menyambut ramadhan sungguh meriah seperti menyambut hari raya.


Berlainan pula di Malaysia, yang aku rasakan amalan ini jarang dilakukan oleh masyarakat kita. Apa yang disambut adalah hari raya yang merupakan hari kemenangan juga tapi ramadhan inilah sebenar-benarnya bulan kemenangan bagi umat islam. Ketika itu juga perasaanku juga seperti ingin dipeluk kerana aku juga dapat masuk dalam ramdhan ini tapi hanya sekadar bersalam sahaja. Walaupun hanya dengan ucapan tahniah itu, makna disebalik kalimah itu membawa erti yang pelbagai seolah-olah bulan2 sebelum ini adalah bulan “berperang” dan apabila masuk sahaja bulan ramadhan terus perolehi kemenangan. Kadang2 terfikir sejenak kenapa Allah meletakkan ramadhan ini hanya sebulan? Kenapa tidak 2 atau 3 bulan? Yang mana ganjaran kesemuanya adalah sama?. Mungkin ada hikmah disebalik sesuatu kejadian Allah itu.

“Allahumma innaka ‘afwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna” perbanykkan doa ini ketika ramdhan ini terutama apabila masuknya 10 malam terakhir yang kita tahu bahawa salah satu malam itu adalah malam lailatul qadr. Seperti apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW :


“barang siapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan maka diampunkan dosa2 yang terdahulu”


Kita pon sudah tahu tentang sabda nabi ini, namun apa tindakan kita. Adakah hanyat idur sahaja atau duduk sahaja? Banyakkanlah ibadat…

Friday, August 21, 2009

Umat Muhammad sangat beruntung..


Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

· Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

· Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

· Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

· Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.




Seharusnya kita selaku umat Nabi Muhammad bersyukur dengan segala apa yang ada pada kita dan kita sangat beruntung kerana banyak kelebihan2 yang Allah berikan kepada umat ini. Terdapat banyak lagi yang Allah janjikan kepada kita dan terserah kepada kita samada ingin mendapatkannya atau pun tidak. Apa yang kita tahu bahawa bulan ramadhan yang datang ini, terlalu banyak nikmat yang Allah limpahkan atau curahkan kepada kita. Malam Lailatul Qadar adalah salah satu malam yang dianugerahkan kepada kita yang bergelar umat akhir zaman ini. Sesunggguhnya malam ini sangat bermakna kepada umat Muhammad yang mana tidak mampu menandingi ibadat yang dilakuan oleh golongan sahabat2 nabi dahulu. Malam ini juga adalah salah satu kemuliaan yang diberikan kepada umat Muhammad. Banyakkanlah amalan pada bulan ramadhan ini untuk mendapat keredhaan-Nya...

fikir-fikirkan dan selamat beramal...

Monday, August 17, 2009



Alhamdulillah, akhirnya keluar juga keputusan peperiksaan secara rasmi setelah sekian lame menunggu. Walaupun tidak dapat mengetahui keputusan ‘kontrol’ kerana berada di Kaherah, namun pada hari yang ditunggu ini telah datang. Inilah keputusannya, setelah setahun berkorban diri untuk memperolehi ilmu di bumi Damietta ini dicampur dengan kerenah2 arab dan pelbagai ujian yang mendatang.

Mahasiswa syariah islamiyah tahun 1 terus bergerak ke kuliah namun aku tidak dapat pergi kerana ditugaskan untuk memasak. Aku bersyukur dengan keputusan yang aku terima tidak terlupa dengan sujud syukur kehadrat Ilahi. Keputusan ini setimpallah dengan apa yang diusahakan selama ini.


Ucapan tahniah , mabruk kepada yang kawan2 yang berjaya dan tidak lupa juga kepada kawan2 yang tidak melepasi halangan. Anggap ini semua sebagai satu ujian yang mana kita tidak tahu, mungkian ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku itu. Mungkin ada yang berusaha sunguh2 sehingga tidak tidur malam untuk mendapatkan kejayan namun kandas dengan keputusan yang diperolehi. Sentiasa betulkan niat dan husnu zhan dengan apa yang berlaku. kepada yang berjaya, semakin kita naik semakin payah dan susah maka insyAllah kita cuba juga menghadapinya.



Terima kasih kepada teman dan sahabat yang sama2 berjuang dengan study group, kelas bimbingan, kongsi ilmu yang ada. Tidak lupa juga kepada abang2 lame yang memberi tunjuk ajar kepada kami yang baru di bumi mesir ini. Ingatlah wahai sahabat, perjalanan kita masih panjang apatah lagi pelajar tahun 1 ini dan banyak lagi ujian yang akan kita tempuhi yang mana kita tidak tahu samada besar ataupun kecil. Dan juga kepada keluaraga yang sentiasa mendoakan kejayaan anaknya di sini.

Kata Ust Syafiq Zulkifli “…….mempunyai suatu visi dan misi dalam hidup agar menjadi seorang warga azhari yang bukan hanya bercakap berkenaan agama semata-mata tetapi lebih daripada itu adalah sebagai model terbaik untuk digunakan oleh rakyat dalam bidang professional…...”

Terima kasih segalanya

Monday, August 10, 2009

Tanggungjawab!!!!!

Rasanya sudah lama tidak menyentuh blog ini mungkin kerana kerja yang tidak henti-henti datang kepadaku mungkin juga sibuk dengan urusan peribadi. Apa pun syukur kehadrat ilahi serta selawat dan salam buat junjungan Rasulullah SAW yang mana diutuskan kepada kita untuk menyeru manusia kejalan yang diredhoi serta diberkati dan tidak lain juga sebagai pendakwah diatas muka bumi ini. Seperti yang kita tahu bahawa perjuangan menegakkan kalimah Allah di bumi ini sudah menjadi kewajipan kepada seluruh para nabi dan rasul seterusnya disambung oleh kita sebagai umat islam yang mana ia adalah sebagai tanggungjawab yang mesti dipikul oleh setiap individu yang bergelar dirinya islam.



Merujuk kepada ungkapan ‘PAK HASAN’ :” Kami sekiranya tidak bersama dakwah islam, kami tidak akan bersama-sama dengan yang selainnya dan sesungguhnya dakwah sekiranya tidak bersama kita, maka ia akan mencari orang lain selain kita” bahawa dakwah ini harus dijadikan sebahagian dari ruh dan jiwa mereka disamping ia adalah tanggungjawab kepada kita. Memang tidak dinafikan bahawa proses untuk menyebarkan dakwah ini adalah sangat sukar dan banyak halangan yang mesti ditempuh namun jika dirasakan dalam diri bahawa ia sebagai amanah maka mestilah ditempuh.

Maka hendak tidak hendak mesti ada satu golongn yang menyeru umat kearah kebaikan dalam menegakakn syiar islam didalam sesuatu kawasan tertentu. Teringat pada itu, pada 1 hb lepas satu Mesyuarat Agung Tahunan telah diadakan di bumi Damietta, Mesir untuk menukar organisasi yang lama kepada yang baru disamping memberi pengalaman kepada yang baru ini untuk mereka lebih mengenali konsep ‘khalifah di muka bumi’. Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa pelaksana program sebagai unit teknikal sudah dapat merasakan bahawa betapa berat tugas yang diberikan walapun hanya sekadar untuk melancarkan serta menghidupakn program. Apatah lagi jika menjadi AJKT atau exco, sudah tentu bertambah tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.

Pada mulanya, merasakan bahawa unit teknikal adalah satu kerja yang senang atau tidak perlu bersungguah sangat tetapi setelah lama berfikir rupanya banyak kerja yang mesti dilakukan. Antaranya membuat slide show, design buku MAT, kad edho’ serta ajknya, menyediakan segala kelengkapan dewan dari segi minus one atau mike dan banyak lagi yang mesti dibuat. Dengan sebab itu, satu tugas terpaksa diserahkan kepada orang lain kerana kerja lain yang masih belum disiapkan lagi. Merasakan bahawa diri ini masih belum mampu untuk menjalankan tugas yang diberi dan kadang-kadang rasa bersalah itu timbul dalam diri.

Mesyuarat berlansung dengan membahaskan tentang perkara-perkara yang berbangkit dan juga laporan aktiviti setiap jabatan dan unit serta program-program mega yang dijalankan. Berbagai persoalan yang ditanyakan daripada ahli sendiri kepada jabatan-jabatan yang dirasakan masih kurang faham tentang tugas yang dilakukan oleh jabatan atau unit tertentu. “adakah kesemua AJKT ini telah melakukan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada mereka, macam mana dengan AJKT yang baru yang akan dilantik ini, adakah mereka mampu” terfikir sejenak ketika perbahasan berlangsung. Merasakan bahawa betapa beratnya tanggungjawab yang perlu mereka hadapi berdasarkan segala persoalan yang ditujukan kepada jabatan serta unit yang tertentu.

Ada sesetengah AJKT terpaksa meminta maaf kepada ahli kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugas yang mana beliau tahu bahawa tugas yang dipersoalkan itu memang dibawah unit yang dipegangnya itu. Beliau tidak dapat melaksanakan tugas tersebut mungkin kerana kerja-kerja yang lain yang dirasakan lebih penting dari kerja itu. Adakah beliau bersalah kerana tidak melakukan tugas itu?, fikir-fikirkan. Apabila melihat kepada buku MAT yang telah disediakan oleh setiausaha program berdasarkan laporan jabatan dan unit, yaAllah banyak sugguh aktiviti-aktiviti atau tugas-tugas yang mereke lakukan. Ini hanya baru satu badan atau persatuan yang kecil, bagaimana jika ianya adalah sebuah negeri atau Negara?.

Di akhir mesyuarat tersebut, pembubaran pentadbiran berlangsung yang mana setiap jabatan dan unit memberi sedikit kalam atau nasihat kepada semua ahli dan juga kepada yang akan dilantik. Masing-masing mengeluarkan luahan serta kemaafan sepanjang setahun mereka mentadbir bumi Damietta. Ada juga yang mengalirkan air mata mungkin kerana selama ini mereka tidak dapat memberikan sepenuh tanggungjawab mereka kepada ahli dan mungkin ada sebab-sebab yang lain yang mereka rasakan sepanjang berada di organisasi AJKT ini. Selepas SPR mengumumkan keputusan pilihan raya, Struktur Organisasi AJKT yang baru terbentuk yang dipimpin oleh bakat-bakat baru. Ada juga yang tidak dapat menahan sebak didada kerana tidak sanggup menanggung tanggungjawab yang berat ini. Namun mereka berharap kepada ahli untuk menegur segala perbuatan mereka yang mungkin ada melanggar syariat-syariat yang telah ditetapkan oleh islam disamping menolong mereka dalam melaksanakan tugas mereka. Mereka juga tahu bahawa mereka telah dipilih oleh Allah untuk memimpin masyarakat.




Sesungguhnya kita diciptakan adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi. Sebesar mana pun tanggungjawab yang perlu kita hadapi, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh kerana terdapat tugas yang lebih besar akan muncul yang telah pun di pertanggungjawabkan kepada kita sebagai umat islam.