Friday, August 21, 2009

Umat Muhammad sangat beruntung..


Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

· Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.

· Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

· Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

· Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.




Seharusnya kita selaku umat Nabi Muhammad bersyukur dengan segala apa yang ada pada kita dan kita sangat beruntung kerana banyak kelebihan2 yang Allah berikan kepada umat ini. Terdapat banyak lagi yang Allah janjikan kepada kita dan terserah kepada kita samada ingin mendapatkannya atau pun tidak. Apa yang kita tahu bahawa bulan ramadhan yang datang ini, terlalu banyak nikmat yang Allah limpahkan atau curahkan kepada kita. Malam Lailatul Qadar adalah salah satu malam yang dianugerahkan kepada kita yang bergelar umat akhir zaman ini. Sesunggguhnya malam ini sangat bermakna kepada umat Muhammad yang mana tidak mampu menandingi ibadat yang dilakuan oleh golongan sahabat2 nabi dahulu. Malam ini juga adalah salah satu kemuliaan yang diberikan kepada umat Muhammad. Banyakkanlah amalan pada bulan ramadhan ini untuk mendapat keredhaan-Nya...

fikir-fikirkan dan selamat beramal...