Wednesday, January 13, 2010

keputusan majlis fatwa kebangsaan isu kalimah Allah

Keputusan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Mengenai Isu Tuntutan Terhadap Penggunaan Kalimah Allah
Bil. Muzakarah : Kali Ke-82
Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008
Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah

ULASAN / HUJJAH :

1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.

3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.

8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.

9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.

10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.

11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

12. Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.


KEPUTUSAN :

1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

2. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

From : http://yayasansofa.blogsome.com/

dipetik :
http://firdaushadi.blogspot.com/2010/01/penggunaan-kalimah-allah.html

Monday, January 4, 2010

sahabatku semua.


wahai sahabatku sekalian bacalah cerita yang aku ambil dari...emmm..mana ek...?? tah lah aku pon dah lupa. apa pon bace dulu sampai abes k..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja,
pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali
paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
'"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan
sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan
sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal
atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal'''.



Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa
membuka hatinya kepada kita.

Disamping peperiksaan yang bakal menjelang tak lama lagi ini...Maafkan aku sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang
di dinding hati kamu semua. semoga dengan kemaafan kamu itu lah yang memberi aku semangat dan keberkatan dalam aku mmenuntu ilmu Allah ini.
Dan ketahuilah sahabat sekalian, bahawa aku sudah pun memaafkan kamu semua..


Friday, January 1, 2010


AlhamdulIllah diucap keatas ilahi dan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W. Memang sudah menjadi lumrah kehidupan manusia bahawa yang hidup itu pasti akan mati. Allah S.W.T juga berfirman didalam kitab-Nya yang mulia bahawa sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti merasai mati.

Sepanjang ari nie ak rase sedih memanjang teringatkan adik aku yag telah meninggalkn bumi nie bulan 4 lepas. Aku pun tak tahu kenapa tiba2 je aku teringatkan arwah. Selalunya kalau aku teringatkan arwah tak de laa sampai sehari penuh macam nie. kalau teringat pun kadang2 je ingat sekejap lepas tu dah, sambung buat kerja lain. Aku selalu mendoakan dia lepas tiap kali sembahyang dan kadang2 air mata aku mangalir juga tapi aku kene tahan sebab tak nak bagi kawan2 lain nampak.

Dalam doa aku selalu minta kepada-Nya supaya bertemu dengan dia ketika mimpi. Abang aku dapat bertemu ngan arwah di dalam mimpinya semigu selepas dia kembali ke rahmatullah. Didalam mimpinya, dia dapat memeluk arwah dengan erat dan arwah tersenyum. Aku sentiasa meminta supaya ditemukan aku dengan arwah. Akhirnya Alhamdulillah Allah memakbulkan permintaan aku. Aku dapat bertemu dengan arwah yang mana aku dan dia hanya berjalan2 di satu kawasan, kawasan tu aku masih tak dapat nak gambarkan sebab samar2 kurang jelas. Dia ajak aku bermain seolah2 dia sedang bergembira.

Mungkin kata orang mimpi nie mainan tidur tapi bagi aku mimpi arwah nie sangat berharga bagi aku walaupun hanya sekejap je. Aku hanya berjalan2 dengan dia tanpa berkata apa2 pun. Lepas aku bangun tidur terus aku teringat aku tentang mesej yang dikirimkan oleh sepupu aku kepada abang aku:

“alhamdulillah a.anip...klu a.anip nk tau...wktu dh nk dkat subuh de cecair wangi kluar dr hidung arwah dan cecair tu mkin kerap kuar bila nk dekat dimandikan dan dikafankan...alhamdulillah itu tnda meniggal anak soleh a.anip...wktu janazah dmandikan dan bila paklong cium bwat kali trakhir, janazah mngalirkn air mata...entahla a.anip..”

Mesej nie laa yang selalu membuatkan aku menangis. Aku bukan menangis kerana pemergiannya sebab aku redho dengan ketentuhan Ilahi yang menjemput dia dulu dari aku tapi aku menangis kerana dia pergi dalam keadaan yang cukup sempurna bagi aku. Air mata aku mengalir lagi. Dia pergi dalam keadaan mak ayah aku redho dengan pemergiannya seolah2 semua orang merestuinya. Tanda2 nie laa yang selalu buat aku menangis…

Aku terlalu gembira dia pergi dalam keadaan seolah2 pergi dengan aman. Aku juga menangis kerana aku ingin mati sepertinya. Aku tahu bahawa semulia2 mati adalah mati dijalan Allah tapi jika itu aku tak dapat capai, cukup laa hanya sekadar ibu bapa meredhoi dengan pemergian aku. Aku cume mengharap itulah serendah2 mati aku kelak.

Ya Allah beri lah aku kekuatan untuk aku mengharungi ujina2 Mu. Ini adalah sekecil2 ujian yang Engkau berikan kepadaku banyak lagi ujian yang akan mendatang yang aku tidak tahu sebenar manakah ujian yang akan Engkau berikan kepada ku.

Ini hanyalah perasann yang terlintas di haty aku. Ya Allah cucurilah rohnya dan tempatkannya ditempat orang2 yang berman kepada-Mu ..amin..Salam